Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2017 & 2018

Assalamualaikum

Arini dilah nak share sikit pasal pendaftaran untuk kemasukan murid tahun 1 pada tahun 2017 dan 2018.. iaitu bagi anak-anak yg lahir pada tahun 2010 dan 2011.. pendataran dibuka mulai 1 mac sehingga 31  mac 2016.. so, pada yg belum register lagi tu cepat-cepat la pegi register anak korang.. terutama yg lahir pada tahun 2010 sbb nak sekolah nye tahun depan kan…

Alhamdulillah.. dah selesai urusan pendaftaran kemasukan tahun 1 untuk kakak Imani tahun depan.. lega rasanya.. selagi tak register selagi tu dilah rasa risau tau.. risau kakak Imani tak dapat tempat kat sekolah kebangsaan Taman Sri Pulai tu nanti.. takut terpaksa bersekolah kat sekolah yg jauh.. huhuhu.. maklum ler.. anak pertama yg nak masuk sekolah rendah kan.. risau ler maknye.. haha.. last week lepas  cabut gigi, dilah terus ke sekolah untuk hantar borrang dan dokumen yg diperlukan..


Sebelum pegi sekolah tu dilah dah survey dulu apa dokumen yg diperlukan untuk pendaftaran tahun 1 ni.. ada beberapa dokumen utama yg perlu dan beberapa dokumen tambahan (bergantung kpd sekolah). So, untuk lebih clear boleh check dekat sekolah yg nak didaftarkan tu sendiri.. tp kat sini dilah nak share jugak dokumen yg wajib dibawa dan diberikan semasa pendaftaran nanti..

1) Salinan surat beranak anak dan surat beranak asal.
2) salinan IC ibu bapa / penjaga
3) salinan bukti tempat tinggal (bil api/air)
4)1 keping sampul surat putih 6x9 + setem RM1 + tulis alamat sendiri
5)1 keping sampul surat putih 4x9 + setem RM1 + tulis alamat sendiri
6) slip gaji ibu bapa / penjaga


Masa register tu nanti kena bawa surat beranak asal tau.. sebab nanti sekolah akan cop kat belakang surat beranak tu.. kira cop pengesahan pendaftaran ke sekolah yg tersebut..

Dilah sempat tanya pada kerani aritu pasal bilangan pelajar dan kelas tahun 1. Kat sekolah tu ada 7 kelas untuk darjah 1 tahun ni.. 1 kelas 30 org.. so next ye pun lebih kurang tu jugak la agaknya dlm 6-7 kelas.. fuhhhh… telan ailio dilah dengar.. mcmana la agaknye kan diorg belajar.. mesti banyak persaingan tu nanti.. dulu dilah time sekolah rendah ada 2 kelas je tau..

Bulan 6 ni pulak nak try apply pra-sekolah untuk faris zakwan pulak.. tu pun kalau diorg bukak pendaftaran untuk budak yg lahir tahun 2012 la.. kalau tak, tahun depan jer la register darjah 1 dan pra-sekolah.. oh ye.. masa untuk pendaftaran pra-sekolah ni tak sama untuk semua sekolah tau.. so korang  kena tanya sendiri kat sekolah masing-masing tau..

Bila dah daftar darjah 1 ni rasa dah besar dah anak ibu.. kejap jer dah nak masuk sekolah rendah.. kakak Imani pun asyik tanya je bila kakak nak masuk darjah 1.. bila kakak nak 7 tahun.. bayangan dia mesti best darjah 1 tu kan.. hahaha.. imiginasi budak-budak kan.. rasa nak jadi macam org besar.. bila dia tengok kakak-kakak yg lebih besar dari dia kat tadika dia skrg, nak jadi mcm kakak-kakak tu la.. hahaha..


Mudah-mudahan anak ibu diterangkan hati dalam menuntut ilmu.. Berjaya di dunia dan akhirat.. aminn…

0 Response to "Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2017 & 2018"

Posting Komentar